Air jagung lebih popular di Pantai Klebang, Melaka. Ramai yang menyukainya. Tetapi, cara membuatnya mudah saja.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Air
  • Kordial Jagung secukupnya
  • 1 tin susu cair brand Ideal (ataupun apa-apa brand pun boleh)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1/2 tin Jagung manis Ayam Brand dalam tin
  • Gula secukup rasa
  • Aiskrim vanila (optional)

Cara-cara menyediakannya:

  1. Masak air bersama gula. Nisbah air dengan gula adalah bersamaan 1 kole air:6 sudu besar gula.
  2. Masak air dan yang telah dicampur gula sehingga larut dan mendidih.
  3. Masukkan kordial jagung secukupnya (atau apa-apa brand yang terdapat di pasaran pun boleh).
  4. Masak lagi hingga mendidih
  5. Masukkan susu cair dan jagung dalam tin.
  6. Tutup api dan masukkan susu pekat manis secukup rasa.
  7. Biarkan sejuk
  8. Tuangkan kedalam gelas bersama ketulan ais. Boleh juga diletakkan aiskrim vanila diatasnya.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

1 COMMENT

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini