Air Bandung Soda antara minuman yang popular di selatan tanah air. Tak kurang juga ianya popular dinegara jiran, cuma namanya sahaja yang berlainan. Disaat tekak kehausan, air bandung soda sejuk sangat sedap untuk diminum. Cara nak buatnya pun mudah saja.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/4 cawan ibu sirap (Disarankan guna cap bunga ros sebab warna dia lebih naik)
  • Air gula (kadar mengikut citarasa sendiri)
  • 2/3 jug ais (air batu)
  • 2/3 tin susu cair
  • 1/2 botol air ais krim soda
  • Secubit garam
  • Aiskrim (sampingan)

Cara-cara membuatnya:

  1. Bancuh ibu sirap, susu cair, air ais krim soda dan garam kedalam jug.
  2. Masukkan ais.
  3. Masukkan pula air gula mengikut kadar citarasa sendiri.
  4. Siap untuk dihidangkan. Tak perlu masukkan air masak kerana ais akan mencair.
  5. Letakkan satu skop aiskrim jika suka.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini