Mee goreng ringkas dan mudah sering menjadi pilihan ramai ketika menyiapkan sarapan pagi ataupun makan malam yang ringan. Bukan dewasa saja yang mampu memasaknya, anak-anak pun boleh.

Anggaran hidangan: 4-5 orang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500 gram mee kuning
  • 500 gram sayur sawi
  • 400 gram udang (boleh lebihkan jika suka banyak udang)
  • 2 biji tomato dipotong 6
  • 3 biji limau kasturi diperah jusnya
  • 1 keping fish cake
  • 3 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan kicap
  • 1 sudu makan gula, 1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 20 biji cili kering yang telah dicuci
  • 3 biji bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu kecil udang kering

Cara-cara untuk menyediakannya:

  1. Campur dan kisarkan kesemua bahan-bahan
  2. Panaskan minyak dan tumis campuran itu sehingga naik minyak
  3. Masukkan kicap, gula, garam, tomato sos dan kemudiannya digaul rata
  4. Masukkan jus limau kasturi
  5. Kemudian masukkan udang dan kacau sehingga rata
  6. Masukkkan mee kuning, tomata yang telah dipotong dan sawi
  7. Gaul sehingga rata dan setelah siap bolehlah dihidangkan
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

Kongsi
Artikel sebelumResepi Asam Pedas Ikan Pari
Artikel selepasResepi Churros Sepanyol
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini