Kentang putar bukan sahaja kegemaran kanak-kanak. Malah dewasa juga menggemarinya. Nak buat, bukan susah. Dah tahu resepinya, pasti akan happy.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 10 biji kentang yang dibuang kulitnya dan dipotong kiub-kiub besar
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
  • 1/2 cawan susu segar
  • Garam secukup rasa

Cara-cara menyediakannya:

  1. Rebus kentang dengan sedikit garam
  2. Setelah empuk, toskan air dan tumbuk kentang supaya hancur
  3. Kemudian guna hand mixer, putarkan kentang sehingga menjadi halus
  4. Sambil putar, masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya

Sos Kentang Putar

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam jenis cecair (brand Maggi pun boleh). Kalau pakai jenis kiub, 1 kiub sudah mencukupi. Boleh digantikan dengan air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar yang dicincang
  • 1 batang saderi dicincang
  • 40 gram mentega
  • 20 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit kicap pekat
  • Sedikit garam

Cara-cara menyediakannya

  1. Rebus air bersama stok ayam, saderi dan bawang besar sehingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit.
  2. Tapis rebusan air ke dalam mangkuk. Ambil rebusan yang telah ditapis sahaja.
  3. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum kedalam satu periuk lain, sambil panaskan ia dan kacau diatas api kecil sehingga tidak melekat pada tepi periuk.
  4. Tuang air rebusan kedalamnya sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul.
  5. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap untuk naikkan warna).
  6. Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam (rasa dulu sebelum letak garam kerana stok ayam dan sos tiram dah sedia masin).
  7. Masak perlahan-lahan sehingga mengikut kepekatan yang disukai.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini