Ikan siakap kukus halia, bukan saja enak. Malah, ia juga membantu membuang angin-angin didalam badan.

Anggaran hidangan: Untuk 3-4 orang

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ekor Ikan Siakap – telah dibersihkan dan kelar-kelar isinya
  • 1 ketul Halia – anggaran sepanjang 2 inci dihiris halus-halus
  • 3 biji Bawang merah – dihiris halus-halus
  • 2 ulas Bawang putih – dihiris halus-halus
  • 10 biji cili padi – dipotong kecil
  • Daun ketumbar secukup rasa (dihiris)
  • Daun bawang secukup rasa
  • 1/2 batang lobak merah – di hiris memanjang
  • 2-5 Cendawan shitake – dihiris halus-halus (cendawan lain pun boleh)
  • 1 biji limau nipis (diperah)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 4 sudu besar air

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur
  2. Masukan semua bahan kedalam mangkuk dan gaul sehingga rata
  3. Masukkan ikan kedalam pengukus dan tuang campuran ramuan ke atas permukaan ikan
  4. Biarkan ikan dikukus selama 20-25 minit
  5. Ikan siap untuk dihidang. Boleh juga taburkan daun bawang dan cili merah sebagai hiasan
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

1 COMMENT

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini