Cream Puff Jagung, antara dessert yang enak dimakan ketika dalam keadaan sejuk.

Anggaran hidangan: 28 biji cream puff

Bahan-bahan yang diperlukan

  • 125 gram tepung naik sendiri dicampurkan dengan 2 sudu teh serbuk penaik
  • 100 gram butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur

Bahan-bahan untuk filling jagung

  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan jagung dalam tin
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 5 sudu besar gula

Cara-cara untuk menyediakan puff

  1. Air, gula dan butter dipanaskan dalam periuk sehingga mendidih.
  2. Masukkan tepung dan kacau adunan sehingga tidak melekat di periuk. Kemudian sejukkan.
  3. Masukkan telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  4. Masukkan adunan ke dalam piping bag (gunakan nozzle berbentuk bintang)
  5. Renjiskan sedikit air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Masukkan ke dalam oven bersuhu minimum 180’C (api atas bawah) dan bakar selama 25-30 minit sehingga permukaan puff kelihatan sedikit kecoklatan.
  6. Keluarkan dari oven dan gunting sedikit bahagian ditepi puff dan masukkan filling jagung

Cara-cara untuk menyediakan filling jagung

  1. Kacau tepung kastad bersama air. Masukkan ke dalam periuk ditambah dengan susu cair dan gula.
  2. Kacau sehingga filling itu kelihatan panas dan naik wap
  3. Masukkan jagung dalam tin dan kacau buat sementara waktu hingga masak.
  4. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam puff
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini