Biskut tart Nutella Corn Flake, sesuai dihidangkan kepada tetamu yang datang berkunjung di hari raya ataupun majlis-majlis keraian.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2½ cawan tepung serbaguna yang telah diayak
  • 1½ cawan Kellogg’s cornflakes yang telah dihancurkan sehingga menjadi serbuk
  • 200 gram butter yang telah dilembutkan
  • 1 biji kuning telur
  • ½ cawan gula perang (light brown sugar)
  • ½ sudu kecil esen vanilla
  • Sedikit marjerin
  • Nutella

Anggaran masa penyediaan: 1 jam
Hidangan: 80 biji

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan oven.
  2. Campur dan pukul butter, gula, telur dan esen vanilla sehingga sebati dan menjadi lembut.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit kemudiannya diuli sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Gelekkan doh diatas permukaan rata yang telah disapukan dengan sedikit tepung.
  5. Guna pencetak kuih tart. Aturkan cookies yang dicetak itu diatas dulang yang telah disapu dengan sedikit marjerin.
  6. Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 20 minit pada suhu 180°C, atau mengikut kesesuaian ketuhar masing-masing.
  7. Sejukkan biskut tart yang sudah siap dibakar diatas wire rack, sebelum diletakkan Nutella diatasnya.
  8. Biskut tart sedia dihidangkan. Boleh juga dimasukkan kedalam peti sejuk sebelum dimakan.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini