Ayam masak merah merupakan diantara lauk yang popular dikalangan orang ramai. Ianya mudah dimasak dan sedap dimakan.

Anggaran hidangan: Untuk 5-6 orang

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 ekor ayam – dilumur kunyit dan garam dan digoreng separuh masak
  • 3 biji tomato dibelah 4
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 60 ml santan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 250 ml air
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • kacang peas – (tak nak pun tak apa)
  • minyak untuk menumis

Bahan yang dihiris:

  • 5 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang besar
  • 2 cm halian – dihiris menjadi 3 keping

Bahan yang dikisar halus:

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 20 tangkai cili kering – direbus sebentar kemudiannya dikisar
  • 4 biji bawang besar
  • 2 cm halia

Cara penyediaan:

  1. Minyak dipanaskan dalam kuali. Selepas itu bahan hirisan ditumis sehingga layu dan harum.
  2. Masukkan bahan kisar dan gaul rata.
  3. Masukkan sos cili dan cili kering yang dikisar dan tumis sebentar sehingga pecah minyak.
  4. Sesudah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak. Kacau sehingga rata dan dibiarkan seketika.
  5. Masukkan air secukupnya dan masukan santan untuk menjadikan kuah lebih pekat.
  6. Masukkan garam dan tomato.
  7. Panaskan lagi sehingga pecah minyak.
  8. Apabila dilihat sudah masak dan rasanya sebati, tutup api dan masakan boleh hidangkan bersama nasi minyak, nasi tomato, dan nasi briyani.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini