Asam pedas ikan pari, sesuai dijadikan lauk makan tengahari. Kuahnya yang pedas-pedas masam manis, akan membuatkan hati kegirangan.

Anggaran hidangan: 3-4 orang

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 4-5 ketul ikan pari (mengikut saiz yang disukai)
  • 7 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 5 ulas bawang kecil
  • 2 keping asam keping
  • Sedikit air asam jawa
  • 1/2 paket serbuk kari ikan
  • 6 batang bendi
  • 2 mangkuk air
  • Sedikit belacan
  • Segenggam daun kesum
  • Setangkai bunga kantan
  • Garam dan ajinomoto

Cara menyediakannya:

  1. Kisar sekali cili padi, cili merah, belacan dan juga bawang kecil
  2. Masakkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama-sama rempah dengan api yang perlahan sehingga cili dan rempah masak
  3. Masukkan asam keping
  4. Tambahkan air dan juga air asam jawa
  5. Masukkan ikan pari
  6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan
  7. Tambah garam dan ajinomoto
  8. Akhir sekali masukkan bendi
  9. Biarkan ia mendidih sehingga ikan masak
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini