Aiskrim Tiruan Baskin Robins, mudah dan menjimatkan. Tak perlu lagi ke shopping mall untuk makan aiskrim mahal ini. Buat sendiri pun bolehhh.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 tin susu cair (tak kisah apa-apa brand)
  • 1/3 tin susu pekat (lebih banyak lebih manis)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar ovalett (optional: untuk lembut dan gebukan aiskrim)
  • Bahan perisa – Pandan, Strawberry, Keladi, Milo. Oreo (Mengikut kehendak masing-masing)

Cara-cara membuatnya:

  1. Masukan semua bahan-bahan kecuali perasa ke dalam satu bekas besar
  2. Menggunakan mixer. Putar selama 15 – 20 minit.
  3. Simpan dalam peti sejuk sehingga SEPARA beku.
  4. Keluarkan dari peti sejuk kemudian putarkan lagi sehingga bahan campuran menjadi likat dan pekat.
  5. Asingkan adunan jika bercadang nak buat lebih daripada 1 perisa.
  6. Campurkan bahan perisa kedalam adunan yang telah diasingkan.
  7. Taburkan chocolate rice atau kismis (optional) dan simpan dalam freezer sehingga sedia untuk dimakan.
Join channel Telegram kami untuk update terkini resepi-resepi yang sedap lagi mudah! - @lamanresepidotcom

Kongsi
Artikel sebelumResepi Ayam Masak Merah
Artikel selepasResepi Asam Pedas Ikan Pari
Seorang yang gemarkan makanan melebihi tidurnya. Selalunya pepatah mengatakan "tolak kayu dan batu". Tapi baginya, kayu dan batu pun boleh ditelan juga.. Batang "Kayu keramat" dan juga kuih "Lesung Batu". LOL

1 COMMENT

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini